Setelah
sekian lama Nabi Ibrahim dan isterinya berkahwin mereka tidak
dikurniakan anak olehAllahs.w.t.maka satu hari isteri Nabi Ibrahim
(Sarah) telah mencadangkan agar Nabi Ibrahim
berkahwinlagi.Memandangkan
usianya yang semakin tua akhirnya Nabi Ibrahim bersetuju berkahwin
dengan khadamnya yang bernama Hajar, dengan perkahwinan ini akhirnya
Hajar hamil dan melahirkan seorang anak lelaki yang bersih lagi suci dan
beri nama Ismail (Nabi Ismail).
Dengaan
lahirnya Nabi Ismail maka suasana rumahtangga Nabi Ibrahim mengalami
suatu perubahan, yang mana selamaa ini Nabi Ibrahim mengharapkan agar
cita-citanya untuk memperolihi anak telah dikabulkan oleh Allah s.w.t.
Sarah juga adalah antara orang yang paling gembira dengan lahirnya Nabi
Ismail.Setelah sekian lama berlalu timbullah rasa kurang senang dihati
Sarah yang mana akhirnya ia terpaksa meluahkan isi hatinya kepadaa Nabi
Ibrahim, Sarah juga meminta supaya Hajar dan (Nabi) Ismail dibawa jauh
dari pandangan matanya dan dengan wahyu Ilahi Nabi Ibrahim setuju dengan
cadangan Sarah.
Kemudian
bermulalah perjalanan yang jauh di antara Nabi Ibrahim dengan Hajar
berserta dengan anaknya Nabi Ismail.Perjalanan mereka tiada tujuan, lama
mereka berjalan akhirnya mereka berhenti disuatu tempat.Dan di tempat
itulah Nabi Ibrahim meninggalkan Hajar bersama anaknya Nabi Ismail,
disertakan dengan makanan yang banyak untuk mereka berdua.Nabi Ibrahim
yang hendak berangkat ke Palestin berdoa kepada Allah s.w.t.
mudah-mudahan Allah s.w.t. menjaga anak dan isterinya dari segala bahaya
dan malapetaka.
Belum
sempat Nabi Ibrahim hendak meninggalkan isteri dan anaknya, hajar
dengan segera mengikuti dari belakang sambil memegang tali unta yang
dikenderai oleh Nabi Ibrahim seraya berkata:"Ya Ibrahim! kemanakah
engkau hendak pergi dan kenapa kamu meninggalkan kami disini, dan
ditempat yang menakutkan?".Hajar berharap Nabi Ibrahim akan menaruh
kasihan terhadap dirinya dan diri anaknya, minta pertanggungjawab kepada
Nabi Ibrahim.Siapakah yang akan menjaga kehidupannya dari bahaya
kelaparan dan dahaga.Siapakah yang akan menjaga nya dari serangan
binatang-binatang buas,dan keterikan panas cahaya matahari dan kesejukan
pada malam hari.Semua ini dikemukakannya kepada Nabi Ibrahim dengan
kata-kata yang manis dan lemah lembut dan disertai pula dengan cucuran
air mata.Akhirnya Nabi Ibrahim pun memberitahu Hajar bahawa semua ini
adalah atas kehendak Allah s.w.t. Nabi Ibrahim pun menasihatkan kepada
Hajar agar sabar menerima takdir diatas setiap perintah Allah s.w.t. dan
supaya dia tunduk dan patuh menurutkan semua perintah dan anjuran itu.
Setelah
Hajar mendengar jawapan dari Nabi Ibrahim maka ia pu berkata:"Sekarang
aku mengerti dan Allah s.w.t. sama sekali tidak akan mensia-siakan
kami."Apabila Nabi Ibrahim mendengar keputusan isterinya maka ia pun
meninggalkan anak dan isterinya menuju ke destinasinya mengharungi
padang pasir yang sangat merbahaya, mendaki bukit menuruni bukit,
melintasi beribu macam kesukaran dengan meninggalkan anak dan isterinya
yang menjadi rangkaian hati dan jantungnya sendiri, semata-mata perintah
Allah s.w.t. Tambahan pula Nabi Ibrahim tidak membawa apa-apa bekalan
pun selain kepercayaan dan ketaatan kepada Allah s.w.t. semata-mata.
Dikisahkan
dalam satu riwayat bahawa tempat Nabi Ibrahim meninggalkan Hajar dan
anaknya Nabi Ismail ialah di padang pasir yang tandus, tidak ada manusia
yang menghuni disitu.Hajar menyerahkan segala-galanya kepada Allah
s.w.t. semata-mata.Duduklah Hajar bersama anaknya dengan memakan makanan
yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim.Setelah sekian lama maka habislah
semua bekalan makanan, Hajar dan anaknya mulai merasai lapar, kelaparan
yang amat sangat dan satu penderitaan yang tidak pernah dirasai oleh
mana-mana manusia. hajar sangat risau memikirkan anaknya yang memerlukan
susu, keadaan padang pasir dengan terikan matahari yang sangat panas
mengeringkan lagi kerongkong hajar dan anaknya.Kerana lapar yang sangat
anaknya mulai menangis dengan kuat dan kekuatan tangisannya berkurangan
disebabkan tidak berdaya, letih lesu.
Melihat
akan keadaan anaknya yang semakin tenat, maka Hajar pun meninggalkan
anaknya dan keluar mencari air sekejap Hajar pergi mencari air ia
kembali melihat anaknya, kemudian pergi lagi untuk mencari air dan
kembali lagi melihat anaknya, demikianlah hal hajar.Tempat yang diulang
alik oleh Hajar itulah sekarang disebut Shafa dan Marwa, setiap kali
Hajar kembali melihat anaknya, ia akan melihat seolah-olah ada
tanda-tanda air di Shafa dan ia berkejar ke Shafa tapi tidak ada air
disitu dan akan kembali melihat anaknya, dari tempat anaknya Hajar
melihat seolah-olah ada tanda-tanda air di Marwa, ia berkejar ke sana
tapi tidak juga ada air.Demikianlah Hajar berulang-alik diantara Shafa
dan Marwa sebanyak 7 kali.Dan hal inilah adanya ibadat haji disyariatkan
yakni ibadat Sa i.
Diriwayatkan
bahawaa selagi Hajar berada dalam keadaan tidak berdaya dan hampir
putus asa, kecuali dari rahmat Allah s.w.t. dan pertolongannya, maka
datanglah malaikat Jibrail bertanya:"Siapakah sebenarnya kamu ini?""Aku
adalah hamba sahaya Nabi Ibrahim".Ujar Hajar.Malaikat Jibrail bertanya
lagi:"Kepada siapakah engkau harapkan disini?".Hanya kepada Allah
s.w.t." Jawab Hajar.Berkatalah malaikat jibrail:"Kalau begitu, engkau
telah mengharapkan kepada Zat yang maha pemurah lagi maha pengasih, yang
akan melindungimu". Kemudian malaikat Jibrail mengajak Hajar
mengikutnya pergi ke satu tempat, dimana malaikat Jibrail menginjakkan
telapak kakinya keras-keras di atas tanah dan dengan segera keluarlah
air tanpa berhenti-henti dari bekas tapak kaki itu dan airnya pula
sangat jernih dengan kuasa Allah s.w.t. Itulah air yang disebut AIR
ZAM-ZAM.
Hajar
sangat gembira melihat air itu, dengan segera ia membasahkan bibir Nabi
Ismail dan dengan segera Nabi Ismail kembali segar.
0 komentar:
Posting Komentar